JEJAK WARISAN JAWI (II) 2011 - 7 Countries - 'RENTAS 7 NEGARA' > Malaysia > Thailand > Burma > China > Laos > Vietnam > Kemboja

Konvoi telah pun berlepas setelah majlis Flog-off oleh YB Datok' Seri Utama Dr Rais Yatim pada 24hb Mei 2011 di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Kini konvoi telah pun merentas 7 negara sehingga 19 Jun 2011. Berita perjalanan konvoi JWJ2 ini telah disiarkan setiap hari di Utusan Malaysia. Bernama Online dan Bernama Radio 24 [93.9fm] jam 10.10 pagi.
Konvoi telah selamat tiba ke Tanah Air tercinta, Malaysia pada jam 10.45 malam, 19hb Jun 2011. Catatan perjalanan akan di update di blog DIARI-JWJ2



MERANTAS 7 NEGARA - Jejak Warisan Jawi II 2011

Jejak Warisan Jawi (JWJ) adalah sebuah projek anjuran MAJMA' BUDAYA DAN WARISAN JAWI untuk menjelajah Rumpun Melayu Islam yang terbit hasil daripada pemikiran kritis segolongan kecil anak bangsa yang sayangkan sejarah bangsanya dan cuba melangkau kebiasaan untuk menyelusuri dan menjejaki sejarah rumpun bangsanya di luar kelompok negara bagi menjalin kembali ikatan yang dahulunya satu.

Bertujuan menjejak dan merungkai sejarah baru bangsa Melayu dan kesinambungan tinggalannya di seluruh dunia, ia juga untuk menjalin kembali hubungan silaturrahim di dalam kelompok negara yang berlainan. Ia juga satu program yang harmoni dengan persembahan kebudayaan Melayu Semenanjung dari pasukan WarisAlam kepada masyarakat Melayu di negara-negara lain. JWJ2 akan merentas 7 Negara selama 21 hari bermula dari 25hb Mei 2011 sehingga 14 Jun 2011 dengan menggunakan 10 buah kenderaan pacuan 4 roda dari pasukan BLACKWIND ADVENTURE TEAM. Selain itu ekspedisi ini turut membawa logo kempen ‘MELAWAT MALAYSIA’ sebagai salah satu usaha projek ini untuk memperkenalkan produk pelancongan bagi menarik pelancong ke Malaysia.



Tuesday, June 1, 2010

Jejak Warisan Jawi - Realiti Bil 4

Pulau Panji
Menurut kajian saya secara serba ringkas, di wilayah Phang-nga ini juga terletaknya Similan Island atau disebut pulau Sembilan dalam bahasa Yawi (Jawi) atau Melayunya. Dalam pembacaan saya, ejaan atau sebutan ‘J’ di sebut ‘Y’ maka Jawi menjadi Yawi. Oleh kerana pelat sebutan itu, maka pulau Panji bertukar nama menjadi pulau Panyi dan kemudian di korupkan oleh Thai menjadi Pannyee – lalu melarikan maksudnya yang sebenar. Selalunya panji ini dikaitkan dengan angkatan perang, jika begitu apakah maksud ‘panji’ yang terselindung disebalik yang tersirat?

Kampung Kamala Phuket & Mahsuri
Opor ini menurut ‘ummi’ saya, adalah masakan diraja Pahang dan memang terkenal di kawasan Pekan. Saya tidak tahulah orang lain, tetapi itulah rasanya pada lidah saya. Bolehlah mengadap dan bertanya pada baginda Tuanku Sultan Pahang jika tidak percaya. Sementalah pula pada pandangan saya, baginda Sultan Pahang adalah seorang sultan yang berjiwa rakyat yang jarang menghampakan rakyat Pahang.

“Kalau hari-hari macam ni mahu buasir,” kata Ustaz Zaki yang sudah hilang ‘title’ ustaznya setibanya di Phuket. Tergelak kami dalam tangisan.

Pathong, Phuket
Pathong seribu kali lebih hebat daripada Danok. Tempat menarik bagi mereka yang inginkan melampiaskan nafsu duniawi. Lorong-lorongnya dilimpahi cahaya lampu merah sambil dikiri-kanan jalan dihiasi dengan deretan bar dan kelab malam. Pekannya bukan sahaja meriah dengan wanita malah juga lelaki seksi; berkulit halus mulus, sibuk mencari pelanggan yang takut mati beragan jika tidak melepas santapan gian. Jika tidak tahan maka boleh sahaja tercabut iman, hangus fulus – menjadi muflis lagi siflis. Begitulah sedikit mengenai kelazatan di Pathong.

Apa yang menariknya di Sergenting Kra?
Sergenting Kra adalah pangkal jantung kepada wilayah Semenanjung Emas atau mengikut peta Perancis dan Portugis dikenali sebagai Semenanjung Siam-Melaka sebelum dikenali sebagai Semenanjung Tanah Melayu seperti yang kita ketahui hari ini. Menunjukkan bahawa jajahan kerajaan Islam di Semenanjung ini bukan setakat di Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar atau Golok tetapi merangkumi seluruh Selatan Siam sehingga ke Victoria Point dan seterusnya Burma.

Realitinya, wilayah Semenanjung Tanah Melayu yang asalnya telah disempitkan sebagaimana sejarah Melayu yang telah disempitkan sekitar pelabuhan Melaka.

Bukti tentang wilayah Malayu itu memang diperakui oleh Inggeris dan Perancis...

Dapatkan kisah lanjut dalam keluaran kali ini.