Semuanya sudah hampir bersedia... sudah hampir pada tarikhnya, iaitu 25hb Mei 2011, konvoi Jejak Warisan Jawi II akan mula bergerak menuju ke Thailand untuk mengimbas kembali laluan kami pada tahun lepas...... kemudian ke Kambodia, Utara Vietnam, Laos, Yunan China dan akhirnya berpatah balik untuk memasuki Burma dan pulang ke Semenanjung melalui Thailand juga.
Jejak Warisan Jawi (JWJ) adalah sebuah projek anjuran MAJMA' BUDAYA DAN WARISAN JAWI untuk menjelajah Rumpun Melayu Islam yang terbit hasil daripada pemikiran kritis segolongan kecil anak bangsa yang sayangkan sejarah bangsanya dan cuba melangkau kebiasaan untuk menyelusuri dan menjejaki sejarah rumpun bangsanya di luar kelompok negara bagi menjalin kembali ikatan yang dahulunya satu.
Bertujuan menjejak dan merungkai sejarah baru bangsa Melayu dan kesinambungan tinggalannya di seluruh dunia, ia juga untuk menjalin kembali hubungan silaturrahim di dalam kelompok negara yang berlainan. Ia juga satu program yang harmoni dengan persembahan kebudayaan Melayu Semenanjung dari pasukan WarisAlam kepada masyarakat Melayu di negara-negara lain. JWJ2 akan merentas 7 Negara selama 21 hari bermula dari 25hb Mei 2011 sehingga 14 Jun 2011 dengan menggunakan 10 buah kenderaan pacuan 4 roda dari pasukan BLACKWIND ADVENTURE TEAM. Selain itu ekspedisi ini turut membawa logo kempen ‘MELAWAT MALAYSIA’ sebagai salah satu usaha projek ini untuk memperkenalkan produk pelancongan bagi menarik pelancong ke Malaysia.
"Sehinggakan pada hari ini, anak2 Melayu sanggup agungkan bangsa lain dan menggangkat bangsa lain untuk tunjuk ajar mereka bagaimana untuk bermasyarakat sedangkan amalan bangsa Melayu sudah cukup lengkap dalam hal ini."
ReplyDeleteDr Ahmad Zaki - "Islam tak datang dari India..."
Kata Dr Ahmad Zaki lagi... 'sekiranya Islam itu datang awalnya dari India maka sudah tentulah orang-orang Melayu tidak bertulisan jawi...'
ReplyDelete