JEJAK WARISAN JAWI (II) 2011 - 7 Countries - 'RENTAS 7 NEGARA' > Malaysia > Thailand > Burma > China > Laos > Vietnam > Kemboja

Konvoi telah pun berlepas setelah majlis Flog-off oleh YB Datok' Seri Utama Dr Rais Yatim pada 24hb Mei 2011 di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Kini konvoi telah pun merentas 7 negara sehingga 19 Jun 2011. Berita perjalanan konvoi JWJ2 ini telah disiarkan setiap hari di Utusan Malaysia. Bernama Online dan Bernama Radio 24 [93.9fm] jam 10.10 pagi.
Konvoi telah selamat tiba ke Tanah Air tercinta, Malaysia pada jam 10.45 malam, 19hb Jun 2011. Catatan perjalanan akan di update di blog DIARI-JWJ2



MERANTAS 7 NEGARA - Jejak Warisan Jawi II 2011

Jejak Warisan Jawi (JWJ) adalah sebuah projek anjuran MAJMA' BUDAYA DAN WARISAN JAWI untuk menjelajah Rumpun Melayu Islam yang terbit hasil daripada pemikiran kritis segolongan kecil anak bangsa yang sayangkan sejarah bangsanya dan cuba melangkau kebiasaan untuk menyelusuri dan menjejaki sejarah rumpun bangsanya di luar kelompok negara bagi menjalin kembali ikatan yang dahulunya satu.

Bertujuan menjejak dan merungkai sejarah baru bangsa Melayu dan kesinambungan tinggalannya di seluruh dunia, ia juga untuk menjalin kembali hubungan silaturrahim di dalam kelompok negara yang berlainan. Ia juga satu program yang harmoni dengan persembahan kebudayaan Melayu Semenanjung dari pasukan WarisAlam kepada masyarakat Melayu di negara-negara lain. JWJ2 akan merentas 7 Negara selama 21 hari bermula dari 25hb Mei 2011 sehingga 14 Jun 2011 dengan menggunakan 10 buah kenderaan pacuan 4 roda dari pasukan BLACKWIND ADVENTURE TEAM. Selain itu ekspedisi ini turut membawa logo kempen ‘MELAWAT MALAYSIA’ sebagai salah satu usaha projek ini untuk memperkenalkan produk pelancongan bagi menarik pelancong ke Malaysia.



Tuesday, May 4, 2010

Menjejak Warisan Jawi - Realiti Bil 3

SATUN-KRABI-KOH KLANG

"Dalam saya memerhati keadaan sekitar, terpandang saya pada tulisan ini:

Due to cultural considerations, please refrain from alcohol comsumtion while visiting Koh Klang. Modest dress is considered polite. Thank you!

Walaupun tidak ditekan perkataan ‘religious’ pada peringatan itu tetapi bagi saya ia jelas menunjukkan bahawa yang ‘budaya bersendikan adat dan adat bersendikan kitab Allah’ itu benar dan jelas terpapar pada kenyataan tersebut. Sebetulnya Islam itu adalah asas bagi pembentukkan budaya masyarakat yang berbenihkan Jawi. Maka Allahyarham Dato Onn tidak silap dalam strategi politiknya untuk menyelamatkan umat Melayu!

Peribadi dan akhlak yang baik dipandang mulia oleh sesapa sahaja yang beramal dengan Islam. Tidak kiralah dimana sahaja mereka berada, sopan dan santun tetap mengalir dalam darah terpatri kemas dalam jiwa mereka. Kurang terdapat pada bangsa lain terhadap penekanan adap, sopan dan santun yang sebegini halus kecuali dalam budaya Melayu yang berbenihkan Jawi berteraskan Islam...

...Andaikata jika Frank Swettenham tinggal di Koh Klang yang penduduknya bermuka Melayu tetapi tidak pandai berbahasa Melayu apa agaknya tajuk buku yang akan dinamakannya. Sudah tentu bukannya The Real Malay lagi, itulah fikir saya."

[dapatkan majalah realiti untuk cerita selanjutnya]

No comments:

Post a Comment